Jangan BACA

Wednesday 27 April 2011

Isu Kematian Adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee

Di petik daripada GAMIS

            Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Boleh kita baca bagaimana jahatnya guru tersebut dengan pendedahan media seperti itu.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan naik hantu dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung. Harian Metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman. -JPM Malaysia

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz Waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh membunuh) menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa ke rumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6 km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, Ustaz Waqar telah menceritakan kisah sebenar kejadian.

Adik Saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan Pertandingan Azan PASTI Peringkat Negeri Perlis.Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh Ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik Saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz yang telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik Saiful terbaring diatas tilam sambil menggigil. Mulanya ustaz  mengesyaki adik Saiful terkena sawan dan kancing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas Ustaz Y terus membawa adik Saiful ke Hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga Ustaz H telah menemui ayah angkat adik Saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum Ustaz H pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik Saiful dimasukkan ke ICU, lantas dia terus menunaikan solat hajat.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari Ahad.

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik Saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik Ustaz H. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai ke rumah Abang Zamri(ayah angkat adik Saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik Saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik Saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful.Dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan Abang Zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada Abang Zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang Zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuhi ujian yang mendatang.

Semasa perjalan pulang, Ustaz Waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh Ustaz W adalah benar setelah melihat laporan forensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik Saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meninggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik Saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah menghukum mati peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sangat berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat menghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadilan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.






Ingin ke NZ

Saturday 16 April 2011

BUMI CINTA

            '"Ingatlah nak,kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung gagal dalam pertapaannya!"
             Ayyas sudah memejamkan kedua matanya.Dia ingin segera lelap.Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya,yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap,seolah-olah hadir di pelupuk matanya.Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya.Darah mudanya semakin hangat.Ayyas breusaha menepis bayangan itu tetapi tidak mudah.Bayangan itu seperti tersimpan dan menempel erat di salah satu sudut hatinya.Ayyas merasa ujian keimanan ini terasa lebih berat daripada musim dingin yang paling mengigit sekalipun.



                                                                                                
Must read novel mengisahkan liku-liku kehidupan seorang pemuda Islam yang tinggal dalam suasana pergaulan bebas.Bagaimana dia menghadapi hidup yang di kelilingi gadis-gadis cantik yang mampu meruntun hati setiap pemuda yang terpandang akan pesona kecantikkan gadis-gadis Rusia.











Thursday 7 April 2011

Academic Calendar 2011/2012

            Sebelum balik bercuti jangan lupa download academic calendar 2011/2012 terutamanya mereka yang tinggal di kampung yang tidak mempunyai kemudahan jalur lebar.




Academic Calendar 2011/2012 IIUM (klik di sini)

jangan lupa bagitahu kawan-kawan yang lain
ingatlah orang tersayang
anda mampu mengubahnya





Ingin jadi wartawan amatur HMetro?

MENDEPANI ZAMAN : Melayu untuk Abad ke-21

            Buku ini merakamkan impian & harapan seorang anak muda untuk bangsanya.Harapan untuk melihat mereka bangkit daripada kelesuan yang membelenggu hari ini.Buku ini turut merakamkan impian,bahawa suatu masa nanti,gelombang kesedaran dalam hidup bernegara akan dikecap oleh bangsanya,seiring dengan pengukuhan identiti Melayu mereka.Antara perkara yang dibincangkan adalah :

1-Paradigma Politik Baru
*Punca 8 Mac 2008 : Jalan ke Depan?
*Politik Baru
*Mengapa Keadilan?

2-Ke Arah Merakyatkan Ekonomi
*DEB : Sebuah Penilaian Semula
*GLC,Orang Melayu dan Perniagaan
*Merakyatkan Ekonomi : Pengalaman Selangor

3-Persoalan Pendidikan
*Dasar Pendidikan Dinamik dan Adil
*Bahasa-bahasa Lain : Isu Pendidikan Vernakular
*Projek Mentari

4-Islam Dalam Sebuah Masyarakat Majmuk
*Meraikan Warisan Wasatiyyah Kita
*Tiada Paksaan : Masyarakat Bukan Islam dan Islam di Malaysia

5-Revolusi Sosial
*Perkahwinan dan Kehidupan Berumah Tangga
*Dilema Generasi Muda
*Seri Setia-Sekilas Pamdang

Antara petikan dalam buku :

Persepsi umum bahawa untuk berniaga di Malaysia kita perlu kenal pihak-pihak tertentu dan bukannya tahu cara-cara berniaga menggambarkan ssejauh mana masalah tersebut.Kita perlu memperkasakan orang Melayu dengan kebolehan,semangat, dan keinginan untuk berniaga dan seterusnya berjaya;bukan mereka yang mempunyai latar belakang hubungan politik.


Mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang bertuah mendapat biasiswa awam,sama ada luar ataupun dalam negara  akan melalui kursus pemdek yang dikendalikan BTN yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.Pada peringkat awalnya,biro ini ditubuhkan untuk menyemai patriotisme & kesedaran sivik pada peringkat awal DEB sebagai respons kepada gerakan mahasiswa yang lantang.Bagaimanapun,kini program tersebut telah menjadi progam indoktrinasi politik.


             Wacana mengenai orang Melayu di Malaysia sudah berubah pada abad ke-21.Nik Nazmi Nik Ahmad,wakil rakyat termuda yang dipilih pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 dalam buku ini,mengemukakan hujah bagaimana orang Melayu perlu mendepani zaman bagi menghadapi cabaran dunia hari ini: Kemunculan politik baru,ke arah merakyatkan ekonomi,menyelesaikan persoalan pendidikan,kedudukan Islam dalam masyarakat majmuk & keuntuhan sosial.Walaupun beliau mengakui kaum akan terus penting sebagai satu identiti,namun beliau mencabar andaian menang-kalah dalam perkiraan perkauman,memandangkan akhirnya masa hadapan orang Melayu tidak boleh dipisahkan daripada rakyat Malaysia.




F1 Di Kampung

Wednesday 6 April 2011

Menerjang Badai : 60 Tahun Mempersada Perjuangan (MEMJAWAB BUKU MENUJU PAS BARU)

            Buku ini akan menjernihkan tanggapan generasi 'Y' terhadap gerakan Islam yang telah 60 tahun mempersada perjuangan Islam di negara ini,menerjang amukan badai yang berlapis-lapis di sepanjang keberadaannya di pentas dakwah & siasah.PAS mempunyai sejarahnya tersendiri,tersembul keluar daripada rahim ibunya saat perlawanan menentang penjajah,Hizbul Muslimin sebagai gerakan temporari yang pertama di Tanah Melayu telah diharamkan oleh British pada tahun 1948 yanh menyaksikan 300 orang aktivisnya digiring ke penjara British.

Muka depan & belakang


Penulis
             Buku ini juga diluncurkan untuk merancakkan medan perbincangan sihat,menyegarkan budaya intelektual,berdebar dengan sumur akal yang jernih yang jauh dari sentimen melulu & emosi yang meledak.Alaf baru ini adalah alaf millenium baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam 'tempayan emas',langit terbuka telah memuntahkan jutaan maklumat di hujung jari.Generasi 'Y' yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk di suap dengan maklumat yang bersifat sehala.Kelompok ini mesti dimenangi oleh gerakan Islam dengan maklumat yang telus tetapi beradab,mereka tidak boleh dibiarkan meraba-raba & membuat telahan tentang cermin perjalanan gerakan Islam.




Maybank2U

Sunday 3 April 2011

MENUJU PAS BARU : KRISIS,PELUANG DAN DINAMISME

            Buku ini adalah sebahagian daripada tesis ijazah Doktor Falsafah yang mendapat kelulusan Senat Universiti Malaya pada 2007.Isi kandungan buku ini banyak berligar tentang fenomena konflik yang berlaku dalam sebuah parti politik yang di kenali sebagai PAS.Mencatatkan isu-isu penting & peristiwa konflik  dalam PAS yang berlaku sepanjang kehadirannya di persada politik tanah air.Namun perlu difahamkan di sini bahawa krisis yang digambarkan bukanlah bertujuan untuk di jadikan topik utama.Topik utama ialah tentang wajah baru PAS yang cuba dibayangkan oleh penulis pada masa-masa mendatang.Krisis yang berlaku hanyalah sebagai sebab yang ‘menekan’ sesuatu perubahanitu berlaku.Buku ini juga cuba melihat krisis atau konflik sebagai salah satu unsur dinamik sesebuah organisasi & ia bertujuan melihat krisis sebagai peluang untuk melonjak jauh ke hadapan.


Muka Hadapan


Penulis
              Di tulis oleh Dr Mujahid Yusof Rawa,45,anak kelahiran Pulau Pinang.Beliau merupakan anak kepada bekas Presiden PAS Ustaz Tuan Haji Yusof Rawa.Kini ahli Parlimen penggal pertama bagi Parlimen Parit Buntar.Dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat buat julung kali pada 2005 & kini mengetuai Lajnah Perpaduan Nasional.


Saturday 2 April 2011

KUASA KEPEMIMPINAN AL-FATEH

Buku yang mengisahkan perihal Sultan Muhammad II al-Fateh,seorang khalifah di zaman Khilafah Uthmaniah .Beliau adalah pembuka Kota Konstantinopel iaitu sebuah ibu kota empayar Byzantine.Usaha menawan kota ini mengambil masa selama 800 tahun.Bermula dengan usaha yang dilakukan oleh Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan pada 668 M,yang mengorbankan sahabat Rasulullah iaitu Abu Ayyub al-Anshari.
Gambar Hadapan Buku

Sultan Muhammad al-Fateh
Kemudian melalui kepimpinan yang seterusnya baik daripada Bani Umayah dan Bani Abassiyah sehingga pemerintahan Uthmaniah di bawah Khalifah Murad II.Semuanya gagal sehinggalah akhirnya muncul putera Islam sebagaimana yang di sebut oleh Rasulullah.Itulah Sultan Muhammad al-Fateh yang mempunyai kepakaran dalam bidang strategi politik,kejuruteraan militari,sains,matematik,dan pengurusan ekonomi.Inilah sultan yang menguasai lebih daripada 6 bahasa,pada usia 21 tahun.
Buku ini di susun oleh penulis mengikut susunan pembahagian kuasa yang ada pada Sultan Muhammad al-Fateh bagi memudahkan pembaca menghayati & mengambil ibrah daripada setiap kelebihan yang ada pada AL-FATEH ini.Berikut di nyatakan 12 KUASA KEPEMIMPINAN yang ada pada sebaik-baik raja ini.

1.     Kuasa Semangat Pemuda
2.     Kuasa Pemikiran Strategik
3.     Kuasa Kreatif & Inovatif
4.     Kuasa Kerja Sepasukan
5.     Kuasa Contoh
6.     Kuasa Pidato Pengaruh
7.     Kuasa Iman & Tawakal
8.     Kuasa Jihad & Pengorbanan
9.     Kuasa Diplomasi & Kebajikan
10. Kuasa Bahasa
11. Kuasa Sentuhan Ulama
12.  Kuasa Sistem Pendidikan Komprehensif
Penulis


           Buku ini di tulis oleh Muhamad Syaari Bin Abdul Rahman,lulusan Sarjana Muda Bahasa & Kesusasteraan Arab Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).Kini bekerja sebagai perunding motivasi di Institut Pembangun Minda Training & Consultancy.